WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Friday, November 27, 2009

Pengumuman kepada semua CALON RC SPM 2009

Semua calon RC SPM 2009 boleh mendapatkan 'soft copy' set soalan dan skema jawapan soalan-soalan percubaan RC SPM 2009 daripada link Kumpulan Guru RC Kebangsaan. Soalan-soalan tahun lepas bagi Bahagian A, B dan C  juga boleh diperolehi.

Semua calon juga boleh mendapatkan salinan 'hard copy' soalan-soalan percubaan tersebut dari bilik guru SMK Tambunan, di atas meja guru RC anda. Anda boleh mengambilnya mulai Isnin, 30.11.2009 selepas tengahari.

Luangkan masa untuk MENGULANGKAJI sambil MENJAWAB SOALAN ALA-SPM 2009.

SELAMAT BERJAYA!

Wednesday, November 25, 2009

WHAT is it that's hard to break???

WHAT is it that's hard to break???

Diamonds are hard to find but not hard to Break.

What is the hardest thing to break then?

The answer is: HABIT!

If you break the H, you still have A BIT. If you break the A, you still have BIT. If you break the B, you still have IT!

Hey, after you break the T in IT, there is still the 'I'.

And that (I) is the root cause of all the problems. Isn’t it right?!

Now you know why HABIT is so hard to break….

You think it is a frog and I think it is a horse!




Moral: We have to respect each other's opinion and view; as you can see it clearly in the above picture. We just need to wait and listen actively to others' point of view!

Saturday, November 21, 2009

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM


Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri


Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam. Di antara rungutan yang dibangkitkan oleh ibu bapa dan murid ialah pelaksanaan kelas Tingkatan Enam sehingga menjangkau jam 4.00 petang telah mendatang masalah pengangkutan kepada murid-murid selain masalah makanan yang lazimnya dinikmati semasa tengah hari.

3.         Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan, contoh-contoh yang dikemukakan dalam surat siaran tersebut hanyalah sebagai panduan kepada semua Pengetua di dalam merencanakan jadual waktu mingguan kelas tingkatan enam rendah. Namun demikian, jadual waktu mingguan kelas Tingkatan Enam Rendah yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah tertakluk kepada kebijaksaan dan budi bicara Pengetua sekolah supaya ianya sesuai dan telah mengambilkira prasarana dan situasi sekolah masing-masing serta semua permasalahan seperti pengangkutan yang mungkin timbul dan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa dan murid-murid.

4.         Sehubungan itu, bagi tujuan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam Bawah (2009) dan seterusnya Tingkatan Enam untuk sesi persekohan 2010, semua komponen yang dinyatakan dalam surat siaran KP(BS-MEN) 303/01/03 (2) bertarikh 10 April 2009, perlu dipenuhi (seperti Lampiran) manakala kaedah pelaksanaan jadual waktu mingguan bagi kelas Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengetua sekolah untuk disesuaikan berasaskan kepada prasarana dan situasi sekolah masing-masing.

5.         Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan surat siaran ini kepada semua Pengetua Sekolah Pusat Tingkatan 6 di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Sekian. Terima kasih.


’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’



TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia



















(Pra-U 4 Spots Science 2009)

 LAMPIRAN


BIL
KOMPONEN
BIL WAKTU (MINIT)
CATATAN
1.
Pengajaran dan Pembelajaran (bagi setiap mata pelajaran)*
8 x 40 minit = 320 minit
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
2
Kokurikulum
4 X 40 minit = 160 minit
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
3.
Penyelidikan dan Kolokium
2 X 40 minit = 80 minit
Tambahan

Nota : * Jumlah mata pelajaran yang wajib diambil ialah
               4 mata pelajaran STPM + MUET (dimasukkan dalam jadual waktu
               persekolahan) seperti pekeliling 2 Februari 1999 (MPM/7(AM) 99

Wednesday, November 18, 2009

Kursus MyGfL Peringkat SMK Tambunan

SMK Tambunan telah melaksanakan Kursus Pendedahan Portal Malaysia Grid For Learning (MyGfL) peringkat sekolah pada:
Tarikh: 19 November 2009
Masa: 7.30 pagi - 3.30 petang
Tempat: Makmal ICT 1, SMK Tambunan
Konstruktor: Mdm. Esther Linus, Mr. Joseh Anthony


Melalui MyGfL guru dan pelajar boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif.
Guru menyediakan soalan-soalan manakala pelajar akan menjawab melalui/atas talian.
Pemarkahan juga dapat ditentukan dengan mudah melalui MyGfL.


(Antara guru-guru yang mengikuti kursus MyGfL)



Pelajar-pelajar rebutlah peluang ini untuk mengembangkan penguasaan terhadap kemudahan information technology & communication (ICT).