WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Salam.
Tahun baru menjelma lagi. Terasa masa begitu pantas berlalu. Kalau dulu masa begitu cepat berlalu ketika berada dalam kesibukan tetapi sekarang sibuk atau tidak, masa itu tetap terasa cepat berlalu! Kenapa ya?
Adakah kerana muatan memori otak yang semakin meningkat mengikut usia yang semakin meningkat? semakin usia meningkat, semakin banyak juga hal yang difikirkan. Atau adakah ia disebabkan oleh bumi yang semakin pantas berputar pada paksinya (hari) dan mengorbit matahari (tahun)?

Tidak kisahlah sama ada masa sudah lebih pantas berlalu. Yang pastinya ialah pada ambang tahun baru kita pasti ditanya tentang azam baru. Apa azam baru sempena tahun baru? Ada yang berazam untuk mencapai sesuatu yang belum pernah dicapai dan ada pula yang berazam untuk meningkatkan situasi sedia ada. Kalau pendidik misalnya berazam untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan pada tahun 2011 yang sebelum ini mungkin tidak pernah dibuat. Atau mungkin berazam untuk menyiapkan setiap tugasan pada masa yang ditetapkan, yang sebelum ini mungkin agak kerap tidak menepati masa yang ditetapkan. Bagaimana pula anda sebagai pelajar sekolah? Atau jika anda lepasan sekolah, apa yang anda mahu sasarkan pada tahun 2011?

Apapun azam yang ditetapkan, ia semestinya sesuatu yang mendatangkan kegembiraan kepada diri. Apa sahaja yang kita hasratkan atau lakukan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pastinya akan mendatangkan kegembiraan. Takkan hasrat yang jahat menggembirakan! Kan? Palisss paliss la...jauhkan kanlah daripada berazam untuk melakukan perkara yang tidak baik. Misalnya menyakitkan orang lain demi kepuasan hati sendiri. Palissss...Mungkin perkara pertama dan utama yang perlu dicapai ialah pembaikan prestasi diri sendiri sama ada secara fizikal mahupun rohani...ehmmm...jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (hasrat pendidikan kebangsaan), dan kita tambah lagi  satu komponen iaitu keluarga....jadi dalam tahun baru 2011, berusahalah untuk menjadikan lebih baik atau menganjak ke era yang lebih baik dan positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan keluarga. Apa sahaja azam yang ditetapkan, biarlah ia bertujuan untuk memperbaiki prestasi dalam ke-enam-enam komponen ini.

Semoga segala yang dilalui dalam tahun 2010 dan tahun-tahun sudah menjadi teladan. Tidak rugi untuk membuat refleksi kepada perkara-perkara lepas dan menjadikannya sebagai pengajaran dan panduan dalam penetapan azam baru. Semoga azam anda dalam tahun 2011 menjadi kenyataan dan memberi kegembiraan kepada diri anda.

Selamat Tahun Baru 2011!