WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Saturday, September 24, 2011

Infrastruktur asas tingkat kualiti hidup


KUCHING: Sarawak menaruh harapan besar agar Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober ini mampu terus membantu usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur asas kepada rakyat serta meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata, beliau percaya tumpuan akan diberikan kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan amat komited dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik sekali gus menghapuskan kemiskinan tegar terutama di kawasan luar bandar.
“Justeru, kerajaan negeri amat berharap pembentangan Bajet 2012 ini akan membolehkan usaha-usaha pembangunan yang dirancang terutama menyediakan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air terawat di kawasal luar bandar dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Sarawak di sini.
Bagaimanapun katanya, ia tidak bererti kepentingan sektor-sektor lain dipinggirkan kerana kita juga sangat berharap agar peruntukan penambahbaikan infrastruktur, pendidikan dan komunikasi yang masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain turut diberi perhatian kerajaan pusat.
Tengah menambah, usaha kementerian untuk memenuhi keperluan rakyat di kawasan luar bandar menjadi keutamaan.

Friday, September 16, 2011

Hari Malaysia


HARI MALAYSIA


Hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan dan bersejarah bagi saya. Bukan kerana  ini merupakan hari pertama selepas hari jadi saya yang ketiga puluh lima tetapi kerana disebabkan tarikh hari ini, 16 September kini diiktiraf sebagai Hari Malaysia. Sejak negara Malaysia terbentuk berikutan penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura (keluar) dan Tanah Melayu, hari pembentukan Malaysia tidak pernah disambut secara rasmi oleh kerajaan. Rakyat lebih didedahkan kepada tarikh keramat 31 ogos iaitu tarikh Tanah Melayu mendapat status kemerdekaan. Namun rakyat dibiasakan menerima 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia walhal negara MALAYSIA hanya terbentuk pada 16 SEPTEMBER. Kegembiraan ini pastinya dikongsi bersama oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang peka dengan fakta sebenar sejarah negara. Pada hari ini jugalah para media cetak mahupun elektronik terang-terangan memberitakan fakta sejarah yang sangat penting ini. Pada hari inilah kita dapat menonton TV3 menghuraikan asal-usul MALAYSIA. Seolah-olah suatu kemenangan mutlak telah tercapai! Namun, sejauh mana hari bersejarah negara berdaulat MALAYSIA difahami dan dihayati khususnya oleh kalangan generasi muda? Dan adakah situasi baru ini akan membawa paradigma baru terhadap landskap politik, ekonomi dan sosial negara?

Kombura News: Menghargai dan menghayati kemerdekaan yang dikecapi.