WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Tuesday, August 10, 2010

Perintah Ke-10

Perintah Kesepuluh: jangan mengingini harta milik sesamamu.
531. Apakah yang dituntut dan dilarang oleh perintah kesepuluh?
KGK.2534-2540, 2551-2554
Perintah ini, yang melengkapkan hukum sebelumnya, menghendaki satu sikap batin untuk menghormati harta milik orang lain dan melarang keserakahan, keinginan yang tidak terkawal akan barang-barang orang lain, dan iri hati, iaitu kedukaan yang dialami oleh seseorang apabila memandang barang-barang orang lain dan keinginan melampau untuk memilikinya bagi dirinya sendiri.
(Ref: Holy Cross Toboh church bulletin, 14.8.2010).

Bahasa Melayu: iri hati, dengki
Kadazandusun: mosolona

:)...saja mau share-share...sebab saya sendiri tidak tahu pun kalau iri hati itu melibatkan kedukaan...duka lara ba pula kalau iri hati ni kan?. jadi menyakitkan hati sendiri juga, dan boleh menimbulkan penyakit kepada tubuh badan sendiri la kalau itu maciam!
Moralnya:

Tuesday, July 6, 2010

paul de ocotpus...

Peminat-peminat german mungkin terkedu melihat/apabila mengetahui si paul the sotong telah meramalkan bahawa Spain akan menang ke atas german pada awal pagi besok!...
Para bookie pun mesti sudah mencongak sana sini...dan apalagi individu2 yang 'memasang' untuk mengharapkan tuah cepat daripada setiap perlawanan fifa world cup musim ini....

bah,
pecaya atau tidak terpulang kepada anda masing-masing. Ingat, ada orang war-warkan bahawa gambar yang menunjukkan paul the sotong memilih bendera spain telah dipalsukan. Ada blogger juga mengatakan bahawa anda masih perlu percaya kepada kekuatan fizikal dan mental yang nyata yang ada pada pasukan yang berlawan...especially german dan spain pagi-pagi besok...

Paul the sotong memilih sepanyol sebagai winner ke atas german pagi nanti! (gambar dari http://outofbounds.nbcsports.com/2010/07/and-the-prediction-is-in-paul-the-psychic-octopus-chooses.html.php)