WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Tuesday, October 5, 2010

Peperiksaan Percubaan Ke-2

SMK Tambunan - Selasa (5 Okt.). Calon-calon STPM mula menghadapi peperiksaan penilaian akhir tahun (Pepeperiksaan Percubaan 2). Kertas yang pertama ialah Pengajian Am Kertas 2. Kepada semua pelajar pra-universiti senior tahun 2010, jadikanlah peperiksaan ini sebagai kayu ukur utama kepada prestasi anda sebelum menghadapi peperiksaan sebenar STPM kelak.



Buatlah yang sehabis baik. Keputusan daripada peperiksaan ini akan digunakan sebagai kayu ukur sama ada anda layak dianugerahi anugerah pencapaian akademik sempena Majlis Kecemerlangan / Konvokesyen sekolah yang tidak lama lagi akan diadakan. Lagi pun, keputusan peperiksaan ini juga akan digunakan dalam permohonan-permohonan melanjutkan pelajaran dan permohonan pekerjaan sementara keputusan STPM sebenar belum dikeluarkan.

Anda tidak menyesal kalau anda tidak melakukan kesilapan.

Tapi, 'ca' kamu tinguk gelagat CALON STPM di bawah ni.  Aiyooo, kalau inda dapat jawab pun jan lah tidur atau buat kerja-kerja lain. Orang bilang, kalau macam tidak tau sudah apa mau ditulis tu pun janganlah abaikan terus soalan/kertas soalan tu...belek-belek dan tinguk-tinguk juga, manatau terlintas idea atau teringat semula idea/fakta....

good luck!






Gambar atas : tidur...
Gambar bawah:  aktiviti lain menghabiskan masa peperiksaan - menggunting kulit gula-gula!

Sunday, September 19, 2010

pelantikan MPP baru sesi 2010/2011 SMK Tambunan

Tambunan - 20 Sept.(Isnin)
SMK Tambunan melaksanakan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (Tingkatan 1-Tingkatan 6). Majlis tersebut dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi mingguan sekolah bertempat di Dewan Datuk Anthony Gibun, SMK Tambunan. Dalam amanatnya Cikgu Alfred Peter selaku guru disiplin dan guru MPP menegaskan bahawa MPP merupakan perwakilan murid dan pelajar untuk menyampaikan masalah mereka sama ada berkaitan disiplin atau perkara-perkara lain. Semoga barisan MPP lantikan baru ini dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai saluran dan wakil murid dan pelajar sekolah.



Kombura News - Terima kasih kepada barisan MPP lama sesi 2009/2010 atas 'perkhidmatan ikhlas' selama ini. Tahniah kepada MPP lantikan baru.