WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Sunday, March 8, 2015

Prestasi STPM 2014 meningkat

02/03/2015 2:47pm

KUALA LUMPUR - Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 menyaksikan peningkatan pencapaian calon dalam semua kriteria pengukuran pencapaian calon dalam peperiksaan.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin berkata, kriteria berkenaan adalah dari segi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara, peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00, PNGK 3.50 ke atas, PNGK 2.00 hingga 3.49, peratus calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran, peratus lulus penuh dan penurunan peratus calon gagal.
"PNGK negara dalam peperiksaan STPM 2014 telah meningkat kepada 2.62 daripada 2.57 pada STPM tahun 2013.
"Min PNGK sekolah kerajaan telah meningkat daripada 2.55 pada tahun 2013 kepada 2.62 pada peperiksaan STPM 2014," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2014 di sini hari ini.
PNGK 4.00 bagi STPM 2014 meningkat kepada 0.91 peratus atau 390 calon berbanding 0.89 peratus atau 492 calon pada STPM 2013.
Mohd Noh berkata, walaupun peratusan calon pada PNGK meningkat, bilangan calon mengikut PNGK bagi 2014 berkurangan berbanding 2013 disebabkan kemerosotan bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki STPM 2014.
"Peratusan calon yang mendapat PGNK 3.50 ke atas juga meningkat kepada 9.09 peratus atau 3,895 calon berbanding 8.18 peratus atau 4,516 calon dalam STPM 2013.
"Peningkatan peratusan juga telah ditunjukkan pada PNGK antara 2.00 hingga 3.49 iaitu kepada 73.85 peratus atau 31,647 calon berbanding STPM 2013," katanya.
Peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam lima hingga satu mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan 0.96 peratus iaitu 97.81 peratus atau 41,915 calon berbanding 96.85 peratus atau 53,494 calon pada tahun 2013.
Bagi lulus penuh dalam empat mata pelajaran mendapat peratusan tertinggi tahun ini iaitu 63.80 peratus atau 27,342 calon. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz3TqSqPMDn 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, January 12, 2014

Cadangan tajuk kajian p.am stpm 2014

Tajuk kajian yang disenaraikan di bawah ini sudah diambil oleh pelajar. Pastikan tajuk kajian anda tidak sama 100%.