WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Wednesday, December 21, 2011

SBPA


SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam

MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!
Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).
OPSYEN
Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.
Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:
[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.
[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.
[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.
[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.
manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.
OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan
- Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred
[1] IJAZAH
[2] DIPLOMA
[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .
GAJI
Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan. >>>sambung baca

383880_340446739315338_100000500432780_1368070_1383210288_n.jpg