Unit Kesihatan SMK Tambunan telah melaksanakan kempen menderma darah pada 4.2.2010, bermula jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari. Majoriti penderma terdiri daripada pelajar pra-universiti. Beberapa orang guru turut sempat menderma darah. Terima kasih kepada pihak Hospital Tambunan kerana sudi menjalankan kempen menderma darah di sekolah ini. Semoga lebih ramai penderma tampil menderma, terutama dalam bulan Kasih Sayang ini!
No comments:
Post a Comment