salam,
Bagi mempastikan kesinambungan tugasan yang cemerlang dapat dicapai, di sini
saya paparkan pra-tema 2011, walau bagaimana pun papar rasmi akan dapat tuan
puan akses melalui laman web rasmi LPM. untuk pengetahuan tuan puan, buku MPKK
tidak akan diedarkan buat sementara waktu bagi tahun 2010. Segala maklumat boleh
diperolehi melalui laman web rasmi LPM.
1.0 PENGUMPULAN
1.1 Bidang
Kepenggunaan.
1.2 Fokus
Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti
pengajaran/pembelajaran
/pengurusan bilik darjah/bilik khas (bengkel/makmal
dan sebagainya) di sekolah.
1.3 Pengenalan
Mengumpul bahan/alatan sering berlaku dalam proses
pengajaran/pembelajaran /pengurusan bilik darjah/
bilik khas (bengkel/makmal dan sebagainya)
di sekolah.
1.4 Takrif
Pengumpulan merupakan satu proses kerja mengumpul /
menghimpun bahan/alatan yang berselerak.
Kamus Dewan : Pengumpulan : perihal atau perbuatan
mengumpulkan, penghimpunan.
mengumpulkan : menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip)
benda-benda
yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok.
1.5 Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk mengumpul/menghimpun bahan/alatan dalam
proses pengajaran/pembelajaran/pengurusan bilik darjah/bilik khas (
bengkel/makmal dan sebagainya) di sekolah.
1.6 Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan untuk mengumpul/menghimpun bahan/alatan adalah
menarik/menolak/menyedut/mencengkam/menyepit/mencucuk/mengaut/menyembur/mengait/\
menyapu/menyodok/menguis.
2.0 PEMINDAHAN
1.1 Bidang
Pengangkutan.
1.2 Fokus
Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memindah pelbagai barangan dari satu
tempat ke tempat lain.
1.3 Pengenalan
Memindah merupakan satu proses kerja yang dilakukan untuk mengalih pelbagai
jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.
1.4 Takrif
Pemindahan merupakan satu proses kerja untuk mengalih pelbagai jenis barangan
dari satu tempat ke tempat lain.
Kamus Dewan : Pemindahan : perbuatan memindahkan
(mengalihkan)
memindahkan : meletakkan ke tempatlain
mengalihkan ke tempat
1.5 Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk memindah/mengalih pelbagai jenis
barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.
1.6 Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan untuk memindah/mengalih adalah
menarik/menolak/mengangkat/menyorong/menggelonsor/mengangkut/
menggolek/menyalur/melontar/membaling/meluncur.
3.0 PENUAIAN (HARVESTING)
1.1 Bidang
Pertanian.
1.2 Fokus
Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memungut hasil tanaman
atau ternakan.
1.3 Pengenalan
Menuai merupakan satu proses kerja yang perlu dilakukan untuk memungut hasil
tanaman atau ternakan.
1.4 Penuaian merupakan satu proses kerja untuk memungut hasil tanaman
atau ternakan.
Kamus Dewan : Penuaian : perihal menuai, pengetaman.
1.5 Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan.
1.6 Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan adalah menarik/mengetam/memotong/menujah/memetik/
mencabut/mengait/menyabit/menjaring/memukat/menangguk/memulas/
memerah/menggali/mencantas.
terima kasih
MD NAZRI MD SAAD
LPM,Kem.Pelajaran Malaysia