WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Tuesday, July 6, 2010

SELAMAT HARI GURU

Walaupun macam basi sudah tapi sekolah masih juga bersemangat melaksanakan sambutan hari guru istimewa untuk warga pendidik SEMENTA. Dengan sepenuh kepercayaan diletakkan kepada pihak MPP, maka adalah diharapkan mereka lebih matang dalam perancangan, pengurusan, pelaksanaan malah tindakan susulan berkaitan sambutan hari guru tersebut. Tanggungjawab pelaksanaan yang diberikan oleh sekolah tersebut sememangnya agak berat dan sukar dilaksanakan tanpa kerjasama daripada semua pihak khususnya anggota MPP itu sendiri.

Dari cikgu untuk MPP,
amalkan kerjasama dan persefahaman dalam setiap hal. Dan usah segan-segan meminta pendapat daripada warga pendidik.
Buat rakan-rakan pendidik, SELAMAT HARI GURU 2010.

p/s: sambutan hari guru peringkat sekolah smk tambunan akan diadakan pada hari Jumaat, 9 Julai 2010 bertempat di dewan Datuk Anthony Gibun. Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan bersempena dengan sambutan tersebut.