WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Sunday, September 19, 2010

guru dapat mimpi ngeri di siang hari!

Tambunan - 19 Sept (Isnin)
Hari pertama persekolahan menjadi mimpi ngeri bagi sebahagian guru di sekolah tersebut.
Apa tidaknya, beberapa lokar dan laci meja guru telah diselongkar oleh pencuri. Mengikut mangsa,
wang merupakan harta utama yang telah dicuri namun mujurlah jumlahnya hanya puluh-puluh. Itupun sudah cukup menyusahkan
apalagi jika wang berkenaan bukan wang sendiri tetapi wang yuran persatuan dan sebagainya.
Terdapat juga laci yang diselongkar tetapi tidak berlaku kehilangan harta benda dari laci tersebut.
Pejabat sekolah juga diselongkar. Satu unit monitor lcd staf pejabat telah dicuri. Mujurlah CPUnya tidak dicuri kerana data-data
yang sangat penting berada dalam CPU itu! Beberapa bungkusan yang dikirim dari luar untuk guru juga telah
dirobek-robek atau dikoyakkan pembungkusnya. Namun, tidak dapat dikenalpasti sama ada berlaku kehilangan harta benda
di dalam bungkusan ataupun tidak. Laporan polis telah dibuat oleh pihak berkenaan.


Kombura News - Mungkinkah pencuri jalang itu telah merancang lebih awal pencuriannya? Adakah si pencuri itu adalah orang yang
cukup kenal dan sememangnya dalam kalangan warga sekolah? Spekulasi sahaja....