WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Thursday, March 25, 2010

Kategori Pekeliling Ikhtisas
Subjek Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 1/2010 Pelaksanaan Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran Dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Bil. 1
Tahun 2010
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail Download
Tarikh 13/01/2010
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Untuk maklumat lanjut layari www.moe.gov.my (Pekeliling).

TEMA REKA CIPTA SPM 2010

salam,


Bagi mempastikan kesinambungan tugasan yang cemerlang dapat dicapai, di sini
saya paparkan pra-tema 2011, walau bagaimana pun papar rasmi akan dapat tuan
puan akses melalui laman web rasmi LPM. untuk pengetahuan tuan puan, buku MPKK
tidak akan diedarkan buat sementara waktu bagi tahun 2010. Segala maklumat boleh
diperolehi melalui laman web rasmi LPM.

1.0 PENGUMPULAN


1.1 Bidang

Kepenggunaan.


1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti
pengajaran/pembelajaran
/pengurusan bilik darjah/bilik khas (bengkel/makmal
dan sebagainya) di sekolah.

1.3 Pengenalan

Mengumpul bahan/alatan sering berlaku dalam proses
pengajaran/pembelajaran /pengurusan bilik darjah/
bilik khas (bengkel/makmal dan sebagainya)
di sekolah.


1.4 Takrif

Pengumpulan merupakan satu proses kerja mengumpul /
menghimpun bahan/alatan yang berselerak.

Kamus Dewan : Pengumpulan : perihal atau perbuatan
mengumpulkan, penghimpunan.
mengumpulkan : menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip)
benda-benda
yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk mengumpul/menghimpun bahan/alatan dalam
proses pengajaran/pembelajaran/pengurusan bilik darjah/bilik khas (
bengkel/makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk mengumpul/menghimpun bahan/alatan adalah
menarik/menolak/menyedut/mencengkam/menyepit/mencucuk/mengaut/menyembur/mengait/\
menyapu/menyodok/menguis.





2.0 PEMINDAHAN

1.1 Bidang

Pengangkutan.


1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memindah pelbagai barangan dari satu
tempat ke tempat lain.

1.3 Pengenalan

Memindah merupakan satu proses kerja yang dilakukan untuk mengalih pelbagai
jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.4 Takrif

Pemindahan merupakan satu proses kerja untuk mengalih pelbagai jenis barangan
dari satu tempat ke tempat lain.

Kamus Dewan : Pemindahan : perbuatan memindahkan
(mengalihkan)
memindahkan : meletakkan ke tempatlain
mengalihkan ke tempat
1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk memindah/mengalih pelbagai jenis
barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk memindah/mengalih adalah
menarik/menolak/mengangkat/menyorong/menggelonsor/mengangkut/
menggolek/menyalur/melontar/membaling/meluncur.


3.0 PENUAIAN (HARVESTING)


1.1 Bidang

Pertanian.


1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.3 Pengenalan

Menuai merupakan satu proses kerja yang perlu dilakukan untuk memungut hasil
tanaman atau ternakan.

1.4 Penuaian merupakan satu proses kerja untuk memungut hasil tanaman
atau ternakan.

Kamus Dewan : Penuaian : perihal menuai, pengetaman.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan adalah menarik/mengetam/memotong/menujah/memetik/
mencabut/mengait/menyabit/menjaring/memukat/menangguk/memulas/
memerah/menggali/mencantas.


terima kasih


MD NAZRI MD SAAD
LPM,Kem.Pelajaran Malaysia

Sunday, March 14, 2010

PPP1 2010 & cuti pertengahan penggal

Tambunan, 11 Mac:- Para murid & pelajar SMK Tambunan menjalani peperiksaan pertengahan penggal 1 (PPP1) pada 11 hingga 12 Mac 2010.  Satu jam diperuntukkan bagi subjek pra-universiti manakala 40 minit setiap subjek bagi  murid tingkatan 1 - tingkatan 5.

 

Pelajar akan bercuti selama seminggu iaitu dari 13 Mac hingga 21 Mac 2010. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Gunakan masa sebaik mungkin, dan jangan pula terlupa untuk kembali ke sekolah. Buatlah persediaan awal untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran. Gunakan pancaindera anda untuk melaksanakan 4M - membaca, menulis, mengira & memikir.



Pelajar yang tidur sewaktu peperiksaan dikenakan 1 demerit.

Thursday, March 11, 2010

Kebakaran di SMK Tambunan

SMK Tambunan:- 5 pelajar hampir terperangkap dalam kebakaran sekolah. Kebakaran tersebut dipercayai bermula daripada lintar pintas dalam salah satu bangunan kilat sekolah itu. Ketika kebakaran pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Kebakaran tersebut disedari apabila loceng amaran kebakaran berbunyi. Dalam kurang 6* minit semua warga sekolah berjaya keluar dari kawasan bahaya dan berkumpul di kawasan selamat. Sungguhpun begitu, 5 pelajar lagi hampir-hampir menjadi mangsa kebakaran tetapi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba daerah Tambunan yang begitu cepat sampai ke tempat kejadian. Pelajar berkenaan terpaksa diusung ke kawasan yang lebih selamat, sementara pihak bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran.
 
Tapi, mujurlah ia cuma satu latihan situasi kebakaran!...hehehhe...

Wednesday, March 10, 2010

SPM 2009...BRAVO TO ALL RC'S!

BRAVO!
KOUNSIKAHAN!
CONGRATULATIONS!
TAHNIAH!

Calon Reka Cipta SPM tahun 2009 merekodkan sejarah gemilang-gemilang bagi mata pelajaran RC SMK Tambunan apabila 24 orang daripada 37 calon mendapat gred A dalam peperiksaan tersebut!
Cikgu indak terucap ooo...terharu dan bangga kopio o sama kamurang! I solute u all!!

OUR HERO & HEROIN!:

1. AMELIA : A
2. ADRIAN : A
3. ANISHA : C+
4. ARTHUR : A-
5. BENJAMIN: A
6. BETSY: A
7.BRENDA: A-
8. COLLINIUS: A_
9. CYRELEENA: A_
10. ERIS: B+
11. ERNA: A
12. FAZRIAN: B+
13. HILARY: A+
14. IMELDA: A
15. JOSELYN: A-
16. LOENI: A
17. M.AZREE: B+
18. MURPHY: A-
19. NOR FADILAH: B+
20. JERRYOND: B+
21. SHAUN: A
22. SITI ARMIZAH: A
23. SITI SHAWIAH: A+
24. SOVIAN: A-
25. AIRLINE: A-
26. BALTON: B
27. BELINDA: A-
28. BENNY: B
29: CAROLLINE: B+
30. CELESTINA: B+
31. ERAWATI: A-
32. JOVIANA: B+
33. JOYCLINN: A-
34. LELIANA: B
35. NORAIN: B
36. NURUL FARIHAH: A-
37. THERESIE: A-

p/s: cikgu janji untuk yang A dan ke atas baitukan?..hehehehe...to all A's RC don't forget to see me tomorrow ah..:).



Guru-guru pun sibuk dan teruja untuk melihat prestasi pelajar dan subjek masing-masing (yang diajar pada tahun 2009, SPM)