WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Sunday, August 29, 2010

MERDEKA peringkat sekolah!

MALAYSIA MERDEKA!


Tambunan, 30 Ogos (Kombura News)- Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah (SMK Tambunan, Sabah) telah dilangsungkan (sedang berlangsung) pada 30 Ogos 2010. Acara sulung ialah tarian senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Helen Joseph bersama dengan kru-krunya, kemudian diikuti oleh perarakan merdeka warga sekolah. Perarakan bermula di Dataran Kepayan menuju ke bulatan jalan raya Tambunan - Kota Kinabalu - Ranau sebelum berpatah balik. Jarak perarakan lebih kurang 1 kilometer. Acara seterusnya ialah pertandingan kawad berirama unit beruniform. Persembahan unit beruniform yang terdiri daripada murid-murid amatlah membanggakan dan agak menghiburkan. Acara penutupan dijalankan di Dewan Datuk Anthony Gibun. Majlis dijangka selesai pada jam 1.00 tengahari.

Tahniah kepada ahli jawatankuasa pengelola dan semua warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan majlis tersebut.

Kemerdekaan ialah kejayaan individu menapis segala pengaruh jahat secara mental dan fizikal (Kombura News).