WELCOME to my page

Welcome! Kopisanangan! Vanakam! Salam!

Saturday, September 24, 2011

Infrastruktur asas tingkat kualiti hidup


KUCHING: Sarawak menaruh harapan besar agar Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober ini mampu terus membantu usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur asas kepada rakyat serta meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata, beliau percaya tumpuan akan diberikan kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan amat komited dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik sekali gus menghapuskan kemiskinan tegar terutama di kawasan luar bandar.
“Justeru, kerajaan negeri amat berharap pembentangan Bajet 2012 ini akan membolehkan usaha-usaha pembangunan yang dirancang terutama menyediakan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air terawat di kawasal luar bandar dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Sarawak di sini.
Bagaimanapun katanya, ia tidak bererti kepentingan sektor-sektor lain dipinggirkan kerana kita juga sangat berharap agar peruntukan penambahbaikan infrastruktur, pendidikan dan komunikasi yang masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain turut diberi perhatian kerajaan pusat.
Tengah menambah, usaha kementerian untuk memenuhi keperluan rakyat di kawasan luar bandar menjadi keutamaan.

No comments:

Post a Comment