HARI MALAYSIA
Hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan dan bersejarah bagi saya.
Bukan kerana ini merupakan hari pertama
selepas hari jadi saya yang ketiga puluh lima tetapi kerana disebabkan tarikh
hari ini, 16 September kini diiktiraf sebagai Hari Malaysia. Sejak negara
Malaysia terbentuk berikutan penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura (keluar)
dan Tanah Melayu, hari pembentukan Malaysia tidak pernah disambut secara rasmi
oleh kerajaan. Rakyat lebih didedahkan kepada tarikh keramat 31 ogos iaitu
tarikh Tanah Melayu mendapat status kemerdekaan. Namun rakyat dibiasakan
menerima 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia walhal negara MALAYSIA hanya
terbentuk pada 16 SEPTEMBER. Kegembiraan ini pastinya dikongsi bersama oleh
ratusan ribu rakyat Malaysia yang peka dengan fakta sebenar sejarah negara.
Pada hari ini jugalah para media cetak mahupun elektronik terang-terangan
memberitakan fakta sejarah yang sangat penting ini. Pada hari inilah kita dapat
menonton TV3 menghuraikan asal-usul MALAYSIA. Seolah-olah suatu kemenangan
mutlak telah tercapai! Namun, sejauh mana hari bersejarah negara berdaulat
MALAYSIA difahami dan dihayati khususnya oleh kalangan generasi muda? Dan
adakah situasi baru ini akan membawa paradigma baru terhadap landskap politik,
ekonomi dan sosial negara?
Kombura News: Menghargai dan menghayati kemerdekaan yang dikecapi.
semoga tidak
ReplyDelete